Thursday 29 November 2012

Sesi temu ramah bersama AJK KRT Taman Tenaga, Kajang dan Ahli kumpulan Apple UKM.

Pada 8 November 2012, seramai 4 orang ahli kumpulan Apple telah ke Taman Tenaga, Kajang untuk menjalankan sesi temu ramah bersama En Shahri iaitu pengerusi KRT Taman Tenaga ,Kajang dan En Ibrahim selaku penolong setiausaha KRT Taman Tenaga, Kajang.

Tujuan sesi temu ramah ini adalah untuk menemu bual AJK KRT Taman Tenaga mengenai sejarah penubuhan KRT Taman Tenaga, pencapaian, aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan dan yang akan datang serta info-info lain yang berkaitan.



Sesi perkenalan bersama En Shahri (berbaju kelabu) dan En Ibrahim (berbaju merah) untuk pertama kalinya.


Menjamu selera sambil berbincang.


En James(Hing AH Bah) iaitu AJK KRT Taman Tenaga dan suami kepada Pn Faridatul turut sama turun padang memeriahkan lagi sesi temu ramah bersama ahli kumpulan Apple.

Diharapkan perkenalan bersama AJK KRT Taman Tenaga, Kajang tidak berakhir dan terputus setakat di sini sahaja. Semoga tali silaturrahim sesama kita dapat dieratkan lagi dengan pelbagai cara.

Tuesday 27 November 2012

Penduduk Taman Tenaga Kajang

    Terdapat pelbagai bangsa yang tinggal di Taman Tenaga. Antaranya ialah pelajar timur tengah yang berasal dari negara Iran, Iraq, dan Arab Saudi. Terdapat juga pelajar dari asia yang berasal dari negara China, Bangladesh, dan Indonesia. Mereka hidup secara harmoni dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Penduduk di kawasan ini sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu dari pelbagai bangsa terutama pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di UKM Bangi.

    Penduduk di kawasan ini menghargai para pelajar yang tinggal di Taman Tenaga. Hal ini terbukti apabila mereka menyewakan rumah dengan harga yang rendah kepada para pelajar. Ini merupakan satu contoh yang positif tentang penduduk Malaysia yang menghargai para pelajar yang sedang berjuang untuk memperoleh ilmu di Malaysia.

    Satu impak positif dapat kita lihat di mana rakyat bersatu padu dan saling melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang. Semoga apa yang dilakukan oleh generasi sekarang dapat diteruskan lagi untuk generasi yang akan datang.

 

 

Monday 26 November 2012

Latar Belakang Rukun Tetangga (KRT)

     Skim rukun tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan kejiranan akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

     Sehingga Mac 2009, sebanyak 557 kawasan rukun tetangga telah ditubuhkan di negeri Selangor. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.



Logo Rukun Tetangga
Pengertian Logo
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

1. Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
2. Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:

Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
3. Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
4. Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
5. Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
6. Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
7. Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
8. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

Senarai nama Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Tenaga,Kajang,Selangor Tahun 2012-2013

Senarai nama Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Tenaga,Kajang,
Selangor Tahun 2012-2013

Bil
Nama
Jantina
Keturunan
Jawatan
(L/P)
1
Shahri B. Hashim
L
Melayu
Pengerusi
2
Arumugam A/L K. Periasamy
L
India
Timbalan Pengerusi
3
Noor Faridatul
Ainun Bte Zainal
P
Melayu
Setiausaha
4
Ibrahim B. Mohamed
L
Melayu
Penolong Setiausaha
5
Tew Min Siew
P
Cina
Bendahari
6
Salwa Bte Mansor
P
Melayu
AJK
7
Asmah Bte Musa
P
Melayu
AJK
8
Zamir B. Mohye
L
Melayu
AJK
9
Mawar B. Ibrahim
L
Melayu
AJK
10
Razak B. Sakdin               @ Saidin
L
Melayu
AJK
11
Mahat B. Bahab
L
Melayu
AJK
12
Muhamad Faisal B. Kamarul Bahman
L
Melayu
AJK
13
Aslamiah Bte. Said
P
Melayu
AJK
14
Hing Ah Bah (James)
L
Cina
AJK
15
Mohd Sukri B. Saleh
L
Melayu
AJK
16
Mohd Khairul Anuar B. Mohd Tahir
L
Melayu
AJK
17
Badrul Hisham B. Abdul Rashid
L
Melayu
AJK
18
Wan Nasuha B. Wan Ahmad
L
Melayu
AJK
19
Ahmad Suhaimi B. Mat Amin
L
Melayu
AJK
20
Mohd Ghani B. Yussof
L
Melayu
AJK
21
Amri B. Bennie
L
Melayu
AJK
22
Intan Bte Aman
P
Melayu
AJK
23
Nor Zaini Bte Osman
P
Melayu
AJK
24
Thian Choon Lung
L
Cina
AJK
25
Sazarudin B. Sulaiman
L
Melayu
AJK

Wednesday 21 November 2012

Aktiviti-aktiviti anjuran KRT Taman Tenaga Kajang.



KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP (BEREGU) 
TAMAN TENAGA KAJANG


Kejohanan ini adalah anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Tenaga Kajang dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Tenaga Kajang.
 
   Tarikh : 10 Julai 2011 (Ahad)
   Masa : 8am - 12pm
   Tempat : V ROX (Dewan Futsal & Badminton, bertentangan Restoran Tupai-Tupai, Sg Tangkas)

Kejohanan Badminton ini dirasmikan oleh Dr Shafie Abu Bakar iaitu Adun Bangi dan dipengerusikan oleh Dr Ibrahim.Menurut Dr Ibrahim tujuan pertandingan ini adalah bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk Taman Tenaga Kajang, di samping berlatih dan mencari bakat mereka yang berkelayakan dalam bidang sukan badminton ini.

Adun Bangi, Dr Shafie telah memukul shuttle sebagai simbolik kepada perasmian kejohanan. Beliau juga menyampaikan cek derma untuk kejohanan ini. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan.

Kejohanan dipengerusikan oleh Dr Ibrahim.

Gambar kenangan bersama Adun Bangi :)


Kejohanan Bowling antara AJK KRT Daerah Hulu Langat,2012.


      Tempat : Metro Point, Kajang.

Pertandingan Bowling ini dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, En Ahmad Radzi bin Ariff.
Sebanyak 28 kumpulan telah mengambil bahagian. KRT Taman Tenaga turut mengambil bahagian, dan disertai oleh En Shahri bin Hashim, Pengerusi KRT Taman Tenaga Kajang, Puan Faridatul Ainun binti Zainal selaku Setiausaha KRT Taman Tenaga Kajang, Muhamad Faisal Kamarulbahman dan Badrul Hisham bin Abdul Rashid , AJK Taman Tenaga Kajang.

Bergambar sebelum memulakan pertandingan.

En Badrul membuat balingan kemenangan untuk KRT Taman Tenaga Kajang.

Jumlah permainan bowling bagi Taman Tenaga Kajang.

Penyampaian hadiah cenderahati kepada wakil KRT Taman Tenaga Kajang.

hadiah cenderahati :)