Sunday 9 December 2012

Pertandingan Futsal & Badminton Taman Tenaga Kajang 2012

Tanggal 2 disember 2012 bersamaan dengan hari ahad,telah diadakan pertandingan futsal & badminton di VROX,Sg Tangkas.

Pertandingan ini diadakan sebagai langkah ke arah permuafakatan antara semua penduduk Taman Tenaga Kajang.Selain itu,penduduk dapat beramah mesra dengan jiran tetangga yang lain tanpa mengira bangsa dan keturunan.Aktiviti ini sangat bermanfaat dan diharapkan lebih ramai lagi yang akan menyertai program-program lain yang akan datang.

Sebanyak 4 kumpulan telah menyertai pertandingan futsal.Tidak kurang juga bagi pertandingan badminton.Ramai yang mengambil bahagian untuk bergelar juara.

sesi pemanasan badan.

para peserta pertandingan futsal.

kesemua pemain futsal berusaha untuk menjaringkan gol.

Hadiah-hadiah yang bakal menanti sang juara.

juara pertandingan futsal.Tahniah diucapkan.

naib juara pertandingan futsal.Tahniah juga diucapkan.

Semoga aktivit-aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua penduduk dan peserta pertandingan.